Saturday, September 24, 2011

Pencetus 'IDEA'

Pernah tak terfikir yang korang akan jadi pencetus idea orang lain untuk melakukan sesuatu.
Maksudnya, bila orang tengok muka korang jek, datang la idea yang macam-macam, ada yang gila, lawak, buruk, buat korang sakit hati, dan macam-macam lagi la.

Idea yang datang dalam kotak pemikiran orang-orang ni boleh diketegorikan kepada 2
i)Idea yang +ve
ii)Idea yang -ve

Yang +ve semestinya sesuatu yang baik, sebagai contoh, kengkawan korang dapat idea nak buat asingment dieorang, dapat idea nak jawab exam, dapat idea nak masak, dapat idea untuk tido dan macam-macam idea lagi.

Tapi kalo yang -Ve ni, pandai-pandai korang la pikirkan...macam tagline yang Nabil guna,

'LU PIKIR LA SENDIRI',

psst: Aku tak berapa minat mamat ni sebenarnya, saja nak gatal tangan :D

Balik pada tadi, sebenarnya aku nak cerita sikit pasal isu ini,
Baru-baru ni aku skodeng blog sorang minah ni, nama dirahsiakan, tapi empunya diri tahu orang tu adalah dia, sory A.N.A, tak dapat sebut nama anda disini walhal aku dah pun sebut.
'Sengal gak mamat ni' ni kot yang dia fikir bila dia baca.

Balik sekali lagi pada cerita tadi, entah macam mana aku boleh tergerak nak baca blog orang lain padahal aku memang malas nak blogwalking ni, bukan takde masa, tapi memang malas tahap Gaban bestnye (cerita superhero jepun zaman2 80-an kalo tak silap r) adoi, aku merepek lagi dah.

Hero Jepun yang pernah mencetus fenomena zaman 80'an

Aku memang secara jujur dan seikhlas hati memuji cara penyampaian dia, 'simple' dan sempoi, penggunaan ayat pun tak berbelit, dan tajuk yang digunakan ala-ala surat khabar Metro gitu,
Sebabnya, dari tajuk entry yang dia guna, boleh buat aku tertarik untuk 'skodeng' blog dia dengan lebih lanjut.

Dan yang paling best, A.N.A siap buat entry khas untuk aku...terharu siot aku ada orang buat entry khas untuk aku
'Terharu pun atas permintaan die di akhir entry dia tu' jgn marah ek A.N.A,

Ni URL die aku nak kongsi dengan korang...Layan

Sebab musabab aku mulakan balik career dalam dunia blonging ni pon sebab die jugak la.
1st sebab aku skodeng blong dia, terus cantik tertarik kau memang dabomb
2nd sebab die wat entry khas untuk aku, tu yang buat aku jatuh cinta dan berjinak kembali dengan bloging

Kisah perkenalan kami pon ada disiarkan dekat blong dia.
So kalau nak tahu ceritanya, singgah la blog dia, memang fantastik

Apa pon, thanks to A.N.A aka Aien Not Alien kerana jadi pencetus idea aku untuk berbloging kembali dan aku pun dah jadi pencetus idea dia untuk entry khas tu.

Itulah yang buat aku nak lakar idea dengan jalankan aktiviti kemasyarakatan macam ni dengan berbloging.

WELCOME BACK KATAK BULAT
THANKS TO AIEN NOT ALIEN




No comments:

Post a Comment